Buasir terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
Antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat. Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.
Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan mengalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.
Jangan tahan atau bertangguh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu
Punca
- Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
- Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
- Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.
- Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Panduan mengelak buasir.
- Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
- Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
- Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
- Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.
Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:
**Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.**
~ MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT~
No comments:
Post a Comment