Wednesday, November 5, 2014

Petua Tingkatkan Susu Ibu

IBU SIHAT BERMULA DENGAN NUTRISI YANG BETUL.


Dalam memberikan yang terbaik untuk anak kesayangan, para ibu perlu menyayangi diri mereka terlebih dahulu. Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Oleh itu pengambilan supplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan kesihatan diri apatah lagi bagi mereka yang masih menyusukan bayi.

KENAPA SUPPLEMEN? 
Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia yang lazat namun kekurangan zat, maka para ibu perlu memberikan perhatian kepada supplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Ramai yang telah mula sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya dari ibu itu sendiri yang kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu.

Tambahan pula, ibu hari ini sibuk bekerja, serta lambakan pelbagai jenama susu tepung di pasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan memberikan susu tepung kepada bayi mereka.

KETAHUI RAHSIA SHAKLEE

Set Penyusuan Shaklee menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini dan menjadi pilihan ramai untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian supplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuan ibu.

Vitamin seperti Multivitamin, protein, vitamin C, vitamin B Kompleks, Kalsium, asid lemak omega-3 dan alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan disamping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu serta anak.



 










Anda tidak akan menyesal kerana disamping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manafaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara.

Para ibu disarankan untuk menyusui bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

MARILAH BERSAMA SHAKLEE MENCIPTA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH SIHAT UNTUK SEMU, SESIAPA JUA.



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee? Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:

 **Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.