Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh pakar perubatan untuk merawat asthma ialah steroid, tetapi kita tahu yang steroid memberi kesan sampingan dalam jangkamasa yang panjang.
Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan.
Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.
Asma alahan
Asma jenis ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik.Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini. Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga,spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain dalam makanan.
Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Asma alahan ini selalunya disertai dengan gangguan alahan-alahan lain seperti Dermatitis,Urtikaria dan Rinitis.
Asma bukan alahan
Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini. Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang
ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia jugaboleh berulang setiap beberapa jam.
Keterukan asma:
- Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari.
- Bagi serangan yang sederhana,individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
- Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang
bereterusan dan kerap.
Mereka yang menghidap asma memiliki saluran udara yang sangat sensitif dan mudah terdedah kepada pencetus asma tertentu. Semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan,termasuklah:
•Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/spasma).
•Penghasilan mukus yang berlebihan.
•Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara.
Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus.Pengidap asma akan merasa seperti tercekik. Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuk ke paru-paru, udara ini akan terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar. Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidap.
Penyebab Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir diudara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen. Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
•Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dariasap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
•Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema.Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut.
•Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakitasma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
•Udara yang sejuk atau perubahan cuaca. boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindak balas terhadap suhu udara.
•Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.
SUPPLEMEN CADANGAN BAGI MENGURANG DAN MEMULIHKAN ASMA.
Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:
- Email: prettymommieshop@gmail.com
- PM di www.facebook.com/sihatcantikcergas
- Sms/Whatsapp : 014-9940049
PEMBELIAN SECARA ONLINE >>> KLIK PADA SALAH
SATU LINK DIBAWAH.
BELI >> OMEGA GUARD
BELI >> NUTRIFERON
No comments:
Post a Comment