Tuesday, October 14, 2014

Sembelit Pada Kanak-kanak

Apakah sembelit?

Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.

Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan apakah faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ?

Masalah ini adalah biasa dikalangan kanak-kanak tetapi hanya sementara.

Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
    • Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
    • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
    • Kurang bersenam
    • Menahan keinginan untuk buang air besar
    • Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism
    • Ubat-ubatan contoh narcotic ,analgesic

Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika anak saya sembelit ?

Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :
  • Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
  • Kejang perut
  • Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah- merahan
  • Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.

Apakah masalah yang akan terjadi sekiranya menghidapi sembelit?
  • Terdapat kekoyakan kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh meyebabkan perdarahan dan kesakitan.
  • Enggan membuang air besar.
  • Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
  • Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang di hidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.

Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi ?
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.
  • Senaman secara tetap dan berkala
  • Melatih tabiat membuang air besar setiap hari. 

 [perkongsian info dari e-kesihatan.com]

                          *************************************************************
ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK ANDA DENGAN MEALSHAKE, MINUMAN PERISA VANILLA YANG LENGKAP DENGAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL.


Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:

**PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA, CUMA RM10.00 SAHAJA.**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.