"Adoiii sakit kepala..."
"Aduhh peningnyaaa..."
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
- Sakit kepala kerana tekanan
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala.
Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Berminat untuk mendapatkan supplemen diatas bagi mengatasi masalah migrain?
Hubungi saya Rakan pengedar shaklee anda.
Email: prettymommieshop@gmail.com
Sms/whatsapp: 014-9940049
No comments:
Post a Comment