Saturday, August 22, 2015

Omega 3 'fish oil' Bantu Masalah Cardiovascular.

Daripada tajuk diatas, teringin juga nak tahu BAGAIMANA 'fish oil' boleh membantu.

Saya kongsikan disini artikel tulisan Dr.Norman dalam blog nya berkenaan manafaat Omega3 terhadap kesihatan kardiovaskular.

Bukti Kajian Sains Tentang Ikan & Kesihatan Jantung:

Pada 8 September 2004, FDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di USA telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Pihak FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan omega 3 dalam ikan mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. FDA juga telah membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.Saranan FDA ini adalah kerana bukti kukuh hasil dari pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung.

Diantara laporan tentang kelebihan omega 3 ini diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 1997, pengkaji mendapati dengan pengambilan omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25%-30%.

Satu kajian di Amerika Syarikat yang mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.

Dalam satu lagi kajian di USA yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung.

Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di USA iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.
[Follow website Dr.Norman http://doknorm.co.nr/]
[Buku tulisan Dr.Norman tentang Omega3: Omega 3: Fahami faedahnya kepada kesihatan anda]

-----------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN JANTUNG ANDA:

**OMEGA GUARD SHAKLEE**


Hubungi saya Rakan pengedar shaklee anda. 
Sms/whatsapp: 014-9940049 Fb: Pelaburan Kesihatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.