Tuesday, January 14, 2014

Penyakit Buah Pinggang dan Bagaimana Mengelaknya.

<< Amaran!! Ini bukan gambar makanan yang terlebih masak. Ini gambar buah pinggang yang dah rosak.

11 punca buah pinggang rosak:
-kerap tahan kencing
-kurang minum air
-suka makan makanan masin
-suka minum minuman bergas
-kerap kena jangkitan 'kencing kotor'(urinery track infection) dan tdk dirawat dgn sempurna
-kerap makan daging merah dan seafood (tinggi uric acid)
-kerap makan pil tahan sakit
-merokok
-obesiti
-alkohol
-penyakit darah tinggi dan kencing manis yg tdk terkawal


Mencegah buah pinggang daripada rosak:-
1) periksa tekanan darah secara berkala.ia adalah sangat penting utk mempunyai tekanan darah yg normal.mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan2 yg boleh menyebabkan penyakit.

2) cara paling mudah utk mengekalkan tekanan darah yg normal adalah dgn menghadkan jumlah garam dan makanan yg dipenuhi natrium yg anda ambil.sedikit garam diperlukan utk mengekalkan fungsi badan anda, jadi jangan buang sepenuhnya garam dlm dripada diet anda.semak dgn pakar pemakanan utk mewujudkan pemakanan yg membolehkan anda makan makanan yg anda suka.


3) beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi@penyakit buah pinggang.kedua2 keadaan ini blh diwarisi secara turun temurun.


4) sentiasa berwaspada utk sebarang perubahan dlm air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau@berbuih. jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, jumpa doktor.tanda2 ini adalah tanda2 masalah saluran kencing.jika tidak dirawat masalah2 ini blh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang.



Tanda-tanda awal menghidap Penyakit Buah Pinggang.
>Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
>Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
>Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
>Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
>Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
>Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
>Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
>Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
>Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
>Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


Sekiranya anda merasakan terdapat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.
******************************************************************************
INGIN MENCARI PRODUK/SUPPLEMEN YANG SESUAI BAGI MENGELAK DAN MERAWAT PENYAKIT BUAH PINGGANG?



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee? Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:
 **Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.