Tuesday, November 3, 2015

Batu Dalam Hempedu Atau Gallstones


Hati menghasilkan air hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan dalam pundi hempedu hingga ia diperlukan untuk mencerna lemak dalam usus kecil.
 

Organ terbabit mengeluarkan satu liter air hempedu setiap hari. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini membawa hempedu ke bahagian atas atau pangkal usus kecil (duodenum) dengan ia mula memecahkan lemak makanan yang diambil itu.

Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus. 


***********************
Kaedah Hilangkan Batu Dalam Hempedu (Tanpa Pembedahan) 
  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar. 
 * Sumber: Dr Hamid Arshat*

***********************
Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko batu hempedu :
  1. wanita (lelaki pun boleh kena)
  2. berusia 60 tahun atau lebih (tak kata orang muda tak kena juga ye)
  3. obesiti atau berat badan berlebihan (mungkin juga perubahan berat mendadak) 
  4. suka makan makanan berlemak
  5. suka makan benda berkolestrol
  6. makan makanan yang rendah serat
  7. ada sejarah keluarga yang sakit sama ( faktor genetik la)
  8. ada diabetis/kencing manis
  9. ada ambil ubat tertentu seperti ubat kolestrol atau ada kandungan estrogen

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.

Kaedah atau rawatan boleh digunakan untuk menangani batu karang hempedu:
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil. Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
  • Bukan pembedahan .Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
  • Pil garam hempedu. Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.  Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.

# # # # # # # # # # # # # #


HUBUNGI KAMI DI:
SMS/WHATSAPP: 014-9940049
FB: www.facebook.com/sihatcantikcergas

~ Pengedar Shaklee Sarawak ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.