Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Demamdenggiragut17nyatabagiJanuarihingga2Februari/Article/?bh
Kenyataan diatas saya petik dari Berita Harian bertarikh 6 Februari 2014. Boleh baca lanjut kat link yang saya beri tu k.
Risau jugak kan bila membaca tentang peningkatan kes demam denggi di negara kita. Demam denggi ni takde penawar nya tau...
TESTIMONI PESAKIT DENGGI PULIH.
Apa itu demam denggi? Di petik dari blog Aku Dan Kehidupan.
Demam denggi adalah penyakit virus bawaan nyamuk Aedes aegypti. Nyamuk aedes kaki belang suka duduk di kawasan bandar yang sesak dan kotor. Ini bermakna kes2 denggi lebih banyak berlaku di bandar2 besar. Nyamuk aedes hanya bertelur di takungan air bersih dan tidak mengalir. Nyamuk dewasa boleh terbang sejauh 200m dan suka kepada bau manusia. Ia suka menggigit pada waktu awal pagi dan lewat petang. Dikatakan nyamuk ini suka kepada warna2 gelap dan menggigit dibahagian kaki. Telur nyamuk ini boleh bertahan ditempat kering selama 6 bulan dan akan menetas bila ada air hujan.
(*Wahhh...sampai 6 bulan telur nyamuk boleh bertahan di tempat kering?! Haiss..takut nyer baca...)
Camni lah rupa si belang tu ye. |
Apa pula tanda dan rawatan untuk Demam Denggi? Jom baca selanjut nya..
1. Tanda2 awal demam denggi ialah demam berterusan lebih 38 darjah. Ianya diikuti dengan sakit2 sendi, sakit2 tulang, sakit kepala dan sakit dibelakang mata. Selain itu, muntah berterusan, hilang selera makan dan rasa sanagt letih juga dirasakan. Ianya berpanjangan selama 3 hari. Makan ubat apapun termasuk super antibiotic pun sakit tak boleh hilang. Selepas 3 hari, demam mula berkurangan tetapi sakit2 yang lain masih berterusan. Ia diikuti dengan keluar ruam2 kemerahan dikulit terutamanya tangan dan kaki. Ruam ini tak gatal dan tak hilang bila ditekan. Pendarahan di gusi, hidung atau muntah darah agak jarang dan itu tanda2 agak lewat sebelum pesakit hilang kesedaran diri jika tidak dirawat secepat mungkin.
2. Bagi kanak2, tanda demam denggi agak berlainan. Ianya berlaku dengan lebih pantas dan selain demam tinggi, kanak2 biasanya resah gelisah, sakit perut, muntah, merengek2 dan kelihatan kering dan kulit kemerahan. Cepat2lah bawa ke hospital untuk rawatan segera. Ujian darah mengesan denggi biasanya negatif jika darah diambil terlalu awal iaitu kurang 3 hari. Tapi untuk kanak2, janganlah tunggu 3 hari baru nak ke hospital. Naya nanti.
3. Bila anda sampai dihospital, ujian darah Full Blood Count(FBC) sudah cukup untuk menentukan anda kena denggi atau tidak. Dengue Serologi tu ujian tambahan untuk confirmation dan statistik sahaja. FBC ialah ujian pengiraan sel2 darah merah, putih dan yang penting sekali platelet. Platelet perlu untuk pembekuan darah dan virus denggi suka makan platelet ini. Platelet yang normal ialah antara 150 000-400 000. Jika bacaan anda kurang dari 150 000 ada kemungkinan anda kena denggi. Ada juga virus2 lain yang menyebabkan platelet turun. Biasanya anda kena hadir semula keesokan harinya untuk ujian semula. Jika platelet count anda kurang 100 000, rasanya confirmedlah dan anda perlu masuk ke wad untuk rawatan selanjutnya.
4. Satu lagi, FBC juga mengira kecairan darah, Packed Cell Volume (PCV) dan kepekatan sel darah merah, Hemoglobin (Hb). Kedua2nya digunakan menentukan sama ada anda berisiko untuk kena Demam Denggi Berdarah(DHF) atau tidak. DHF lah boleh membawa maut jika tidak dikesan awal. Ada doktor yang salah konsep iaitu denggi berdarah adalah keadaan bila berlaku pendarahan. Ini adalah salah. DHF adalah keadaan dimana virus denggi itu telah menyerang sistem saliran badan yang menyebabkan kebocoran atau salur darah menjadi lebih telap. Ini bermakna cecair darah 'hilang' dari badan dan masuk ke 'third space' iaitu ruang2 yang sepatutnya takda air seperti dalam perut, paru2 dan otak. Bila cecair dalam darah kurang, darah menjadi pekat dan nilai Hb dan PCV akan naik. Jika doktor tak perasan dan hanya tengok platelet sahaja, anda dalam bahaya. Bila darah jadi pekat, sistem buah pinggang gagal berfungsi. Cecair yang berlebihan dalam otak dan paru2 juga mengancam nyawa anda. Ini adalah penyebab utama kematian dalam demam denggi berdarah.
5. Bila anda dah masuk wad, jangan sekadar mengharap miracle atau doktor untuk merawat anda. Demam denggi sampai sekarang belum ada ubat yang khusus. Jangan terkejut jika nurse cuma beri anda Paracetamol sahaja dan masukkan berbotol2 air melalui salur darah anda. Semasa anda berehat di wad, berdoalah banyak2 semoga antibodi anda cepat berjaya melawan virus itu. Juga minum air banyak2. Jangan harap doktor akan beri antibiotik yang power2 atau ubat2 power untuk demam denggi anda.
6. Setiap 4 jam, nurse akan datang untuk mencatat suhu badan anda, tekanan darah, nadi dan juga jumlah air yang keluar masuk dari badan anda. Terlalu banyak air dalam badan pun tak bagus jugak untuk kesihatan anda. Setiap 8 jam pula, nurse atau doktor akan datang bawa jarum untuk mengambil sampel darah anda. Bacaan platelet, Hb dan PCV yang berterusan menentukan perkembangan demam denggi anda. Semakin rendah bacaan platelet, semakin tinggi Hb dan PCV menandakan keadaan bertambah serius. Jangan panik!
7. Kalau ikut pengarah kesihatan negeri yang lama, jika platelet turun kurang dari 60 000, pemindahan platelet perlu dilakukan. Itu arahan dia. Tapi doktor2 di hospital ramai yang tak setuju kerana bukan dia yang merawat pesakit. Dia merawat nombor di atas kertas melalui pejabat dia sahaja. Memang betul. Nombor hanyalah nombor. Masa aku belajar dulu, prof ada ingatkan aku supaya mengingat nama pesakit dan bukannya no katil pesakit. Doktor merawat pesakit secara keseluruhan. Kalau platelet 60 000, tapi pesakit kelihatan sihat dan parameter yang lain2 semuanya normal, buat apa nak memberi risiko baru dengan memasukkan darah orang lain kepadanya? Ada pesakit dengan platelet 20 000 masih steady di wad. Ada yang platelet 120 000 tapi kritikal di ICU. Ingat, rawatlah pesakit dan bukannya nombor2 tersebut.
8. Setiap 1 bungkus atau pint platelet akan menambah 10 000 nilai platelet dalam badan anda. Sekurang2nya 2 pint diperlukan untuk satu2 masa. Ada pesakit yang masuk platelet hari2 tapi nilainya tak pernah naik pun ada. Pening kepala konsultant nak menerangkan kepada doktor2 junior. Dikatakan, lebih baik masukkan fresh whole blood kepada pesakit2 denggi daripada darah platelet sahaja. Ini kerana darah baru banyak mengandungi faktor2 pembekuan yang perlu semasa demam denggi berdarah. Tanyalah doktor anda untuk lebih jawapan.
9. Selepas 7 hari, badan anda akan beransur baik. Selera makan mula datang dan sakit2 badan beransur hilang. Pada masa ini demam dah takda dan jika nilai platelet anda mula naik, itu petanda bagus. Jika nilai itu naik selama 2 hari berturut2 anda baru boleh dibenarkan pulang ke rumah. Jangan terkejut jika doktor hanya beri pil KK atau Paracetamol sahaja. Itulah sahaja ubatnya.
10. Pada masa yang sama, doktor akan memaklumkan kes anda ke pejabat kesihatan. Inspektor kesihatan akan datang melawat anda. Mereka nak tahu dimana anda berada dalam tempoh 2 minggu yang lepas. Mereka nak tahu dari mana anda dapat jangkitan ini. Selang beberapa hari, mereka akan melawat rumah anda. Jangan takut. Anda takkan disaman punya. Berilah minum dan keluarkanlah kuih2 yang ada. Takda salahnya.
11. Semburan untuk membunuh nyamuk dewasa akan dilakukan dirumah anda dan kawasan sekitar 100 meter dari rumah anda. Semburan biasanya akan dilakukan lewat petang kerana ketika itu nyamuk aedes keluar untuk mencari makan. Semburan ini adalah percuma dan biasanya akan diulang selepas 10 hari. Tapi biasanya kali kedua tu tak buatlah. Kekurangan masa dan kakitangan adalah alasan biasa. Maklumlah kerja kerajaan. Buat apa rajin2 sangat. Cukup tahun dapat bonus. Jadi, kalau ada orang datang rumah anda nak buat semburan nyamuk tengahari buta lepas tu mintak duit kopi 25.00, halau sahaja mereka dengan penyapu. Tu manusia takda kerja lain selain nak menipu orang je. (*Hehehe...lawakk..)
12. Semburan hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja. Anda sendiri perlu memusnahkan tempat2 pembiakan jentik2 di sekitar rumah anda. Pastikan tiada tempat2 air bertakung. Semak samun dibersihkan supaya tak jadi tempat port nyamuk2 dewasa melepak. Tanam atau bakar apa yang perlu. Buatlah seminggu sekali dan kalau boleh anjurkan gotong royong membersihkan kawasan perumahan anda. (*Haaa...ingat tuuu...jaga kebersihan sekitar kawasan rumah dan kawasan perumahan jugak yerr..)
13. Macam aku cakap tadi, denggi belum ada penawarnya. Suntikan imunisasi pencegahan masih dalam proses kajian. Mencegah lebih baik daripada merawat. Rawatan awal perlu untuk menyelamatkan nyawa. Jadi jangan dah terlewat, baru nak ke hospital macam kes yang aku cerita tadi tu.
Kepada anda yang membaca post saya ni...boleh jugak baca testimoni pelanggan saya yang pernah terkena demam denggi. Testimoni dia dan seorang sahabat keluarga dia yang terkena demam denggi (baru jer berlaku dalam bulan Januari 2014 yang lepas), boleh tengok kat link ni ...
Testimoni Pesakit Demam Denggi Mengenai Interferon.
*Testimoni dalam bahasa Sarawak yang simple, tetapi rasanya semua pembaca seluruh Malaysia boleh baca kot.
Sekiranya anda rasa post ini bermanafaat kepada yang memerlukan, silalah tekan butang 'share' di FB,G+,Email yang ada kat bawah post ini. Anda mungkin telah membantu orang yang memerlukannya.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment