Penyakit jantung tidak mengenal usia yer..Jagalah pemakanan dan kesihatan kita dari awal usia lagi.
Jom kita baca sebentar info yang saya copypaste dari Harian Metro.Com
Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS |
Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki.

“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
Menurutnya, antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung ialah merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang.
“Serangan penyakit jantung antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.
“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya.
Punca
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
* Kolesterol berlebihan
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
* Kurang bersenam
* Kencing manis atau diabetes
* Sejarah keluarga
Tanda serangan
* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar
Faktor
1) Asap rokok
* Mempercepatkan pembekuan darah
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
* Tekanan
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
2) Kandungan lemak tinggi
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging
3) Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung
4) Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung
5) Kencing manis
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung .
Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
* Keturunan menghidap penyakit jantung
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
* Merokok
* Gagal kawal tekanan darah
* Hidap penyakit kencing manis
* Tekanan
* Kurang bersenam
-------------------------------------------------------------
Bagaimana penyakit jantung boleh berlaku dan bagaimana kita hendak melindungi jantung kita dengan penggunaan vitamin/supplemen khas untuk jantung?
Baca lanjut di post berikut >> KENAPA BERLAKUNYA SAKIT JANTUNG
Mohon SHARE andainya anda rasakan info ini berguna dan dapat memberi manafaat pada yang memerlukan.

No comments:
Post a Comment