Friday, September 5, 2014

Bagaimana Terjadinya Penyakit Jantung?

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. 
"Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. 

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. 


Gejala

Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
b. Berat pada dada
c. Senak dada
d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
  1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
a. Berpeluh-peluh
b. Rasa lemah badan
c. Sakit pada hulu hati
d. Pening kepala
e. Pengsan

Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).
Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.
(sumber :Wikipedia) 
*******************************************
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

CoQHealth Plus mengandungi bahan semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul berasaskan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum & penyerapan lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat :
~ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
~ Menggalak dan melindungi arteri sihat
~ Meningkatkan peredaran darah
~ Membantu menambah dan mengekalkan paras coQ10 dalam darah


Perbezaan Shaklee

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth, anda perlu makan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini.
  • Tanpa gluten
***************************************************************************
DAPATKAN COQ HEALTH PLUS DARI KAMI SEKARANG!


Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:
 **Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.