Tuesday, August 19, 2014

Kepentingan Omega-3 Kepada Otak

*Dipetik dari Blog Dr.Norman (Terima Kasih Doc.)*

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


Selain menjaga kesihatan jantung, Omega-3 turut penting dalam perkembangan otak manusia terutamanya kanak-kanak
  1. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu mereka.
  2. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang.
  3. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Rajah menunjukkan kategori lemak dan asid lemak.

Asid lemak Omega-3 merupakan asid lemak penting (EFA=essential fatty acids), kerana ia diperlukan untuk proses metabolic, tetapi oleh kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita, ia boleh didapati melalui makanan harian ataupun melalui SUPPLEMEN.

Sumber makanan yang kaya dengan EFA adalah dari minyak ikan yang hidup di laut sejuk, ini termasuk ikan-ikan seperti salmon,mackerel,sardines,herring dan anchovies. Minyak daripada ikan-ikan laut sejuk ini mempunyai 7x kandungan omega-3.

DHA, salah satu asid lemak penting yang terdapat dalam makanan laut adalah penting untuk perkembangan otak yang baik untuk janin dan kanak-kanak yang sedang membesar. UNFAO mencadangkan pengambilan minimum 200mg DHA setiap hari oleh ibu mengandung,ibu menyusu dan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

“Give a man a fish, feed him for a day; give your baby fish oil, make him smart for life."

Dapatkan supplemen Omega-3 terbaik dari kami!


Hubungi kami (Eeta/Saiful) melalui
Email: prettymommieshop@gmail.com
Atau PM www.facebook.com/sihatcantikcergas 
SMS/Whatsapp: 014-9940049

**Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.