Thursday, January 7, 2016

Sembelit dan Najis Berdarah Tanda Awal Kanser Usus


Kanser Usus adalah kanser di bahagian kolon dan rektum. Kolon dan rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang membantu mencerna makanan dan membuang bahan buangan. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kanser Kebangsaan (NCR), kanser usus adalah kanser utama yang dihidapi golongan lelaki di Malaysia, dan kanser kedua yang paling banyak dihidapi oleh golongan wanita selepas kanser payudara.

Faktor Risiko Menghidap Kanser Usus:

USIA - semakin meningkat usia, semakin meningkat risiko. Di Malaysia, lebih 90% penghidap kanser usus terdiri dari mereka yang berusia 40 tahun keatas.

POLIP - polip merupakan sejenis ketumbuhan bukan kanser yang wujud dalam usus besar. Walaubagaimanapun, beberapa jenis polip boleh membentuk kanser.

KETURUNAN - sejarah keluarga yang menghidap kanser usus turut meningkatkan risiko untuk mendapat kanser usus.

GAYA HIDUP TIDAK SIHAT - seperti merokok, mengamalkan diet tinggi lemak, diet rendah serat dan obesiti.




 SIMPTOM-SIMTOM KANSER USUS
Antara tanda awal adalah seperti :-
  • Perubahan Dalam Aturan Penghadaman - cirit birit, sembelit atau najis berdarah. Berasa sakit dibahagian abdomen, kekejangan dan berasa loya.
  • Perubahan dalam berat badan, hilang selera makan dan tenaga semakin berkurangan.
TAHAP KANSER USUS:
  • Tahap 1 - kanser terhad kepada lapisan dalam kolon atau rektum sahaja.
    Tahap 2 - Kanser merebak melalui bahagian dalam kolon atau rektum. 
  • Tahap 3 - Kanser mula merebak ke nodus limfa yang berhampiran.
  • TAhap 4 - Kanser merebak ke organ badan yang lebih jauh seperti hati dan paru-paru.


Oleh itu adalah penting bagi kita untuk mengesan kanser pada peringkat awal lagi 
kerana ia boleh meningkatkan peluang kejayaan untuk sembuh.


[sumber: Berita Harian]


BACA LANJUT BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU PESAKIT KANSER.


Hubungi saya pengedar shaklee anda. 
Sms/whatsapp: 014-9940049 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.