Wednesday, December 9, 2015

Kenapa Berat Badan Tidak Bertambah.


Kebanyakan faktor utama seseorang mengalami kekurangan berat badan adalah disebabkan kurang pengambilan makanan. Kekurangan makanan ini adakalanya terlalu subjektif. Ada sebilangan wanita yang mengaku makan banyak, padahal dia hanya makan satu pinggan dan tidak habis pula. Dia merasakan bahawa dia telah makan dengan banyak, namun malangnya tenaga kalori yang diperolehi tidak mencukupi.

Selain itu kekurangan berat badan juga boleh disebabkan oleh masalah penyakit yang melibatkan mental atau fizikal. Antaranya 
  • Anorexia nervosa,
  • Bulimia nervosa, kanser
  • Tuberculosis
  • Hyperthyroidism
  • Type 1 Diabetes
  • Kemurungan (depressive disorders
  • Penyalahgunaan dadah
  • Inflammatory Bowel Disease (Penyakit Radang Usus)
  • masalah penghadaman,
  • kegiatan sukan yang keterlaluan (endurance sports),
  • HIV/AIDS ,
  • Bagi remaja pula, ketinggian bertambah, tetapi berat badan tidak.
Keturunan juga memainkan peranan dalam menentukan berat badan. Bagi individu yang mempunyai baka genetik di mana kadar metabolismanya tinggi, badannya tidak menyimpan banyak kalori sebagai lemak, tetapi disimpan untuk dibakar sebagai tenaga.

Masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia ,adalah masalah yang berkaitan dengan
psychological, kerana seseorang merasakan beliau terlalu gemuk, padahal sebaliknya. Pesakit ini akan mengurangkan pemakanannya. 



Para atlit professional yang menghabiskan masa berjam-jam untuk berlatih juga membakar kebanyakan kalori, sekaligus boleh menyebabkannya kekurangan berat badan. 

Selain itu, mungkin terdapat beberapa parasit yang tinggal dalam dalam usus manusia seperti cacing tapeworm . Parasit ini selalunya memakan nutrisi yang dimakan oleh manusia. Inflammatory Bowel Disease atau penyakit radang usus, akan menyebabkan usus menjadi bengkak dan radang. Semua makanan yang dimakan tidak dapat diproses dengan baik, menyebabkan seseorang itu akan menghadapi ceret beret dan sakit perut. Seterusnya gejala ini akan menyebabkan pesakit ini kehilangan banyak berat badan.

Masalah

Kebanyakan masalah kekurangan berat badan selalunya disebabkan oleh penyakit yang
dialaminya. Oleh itu bagi mereka yang tidak mengetahui punca kekurangan berat badan secara jelas, haruslah berjumpa doktor. Pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan.

Kekurangan berat badan ini selalunya menyebabkan kekurangan stamina dan lemah daya
tahan imuniti. Kedua-dua ini akan menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti kuman.
Ini kerana masalah kekurangan berat badan yang keterlaluan amat berkait rapat dengan masalah kekurangan nutrisi (micronutrient deficiencies). Mereka yang mengalami kekurangan nutrisi selalunya mengambil kadar kalori yang rendah, sekaligus mengehadkan penyerapan nutrisi penting seperti amino acid dan micronutrients yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imuniti untuk melawan penyakit menjadi lemah.

Di kalangan wanita, kekurangan berat yang ketara boleh menyebabkan ketiadaan kitaran haids  (amenorrhea ) dan mungkin mengalami masalah jika wanita itu hamil. Kekurangan berat badan juga boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah), keguguran rambut, risiko kereputan tulang (osteoporosis ) walaupun wanita ini masih muda.

Rawatan

Jika anda mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan menghidap beberapa penyakit, maka hendaklah anda cuba sedaya upaya untuk mendapatkan rawatan dan menambahkan berat badan anda.

Setelah sembuh dan pulih dari penyakit, anda perlu menambahkan jumlah tenaga kalori yang diambil setiap hari. Selain itu anda digalakkan menjalani latihan di gym untuk meningkatkan jumlah berat otot anda.

Cara terbaik untuk menambah berat badan ialah dengan menambah pengambilan karbohidrate  kompleks terutamanya makanan berbentuk whole grain , legume (kekacang) dan buah-buahan. Untuk menambahkan berat badan, pengambilan lebih kalori melalui pemakanan amat perlu. Riadah yang berterusan juga penting untuk mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan.

Semasa menentukan apa yang harus dimakan, anda perlulah menitikberatkan bagaimana untuk mendapatkan nutrisi, bukan pada kilogram saja. Apa yang perlu ialah penambahan berat secara perlahan dan berterusan. Ini akan membantu kita memastikan berat yang ditambah adalah berat yang merangkumi otot dan lemak, bukannya setakat lemak saja. Penambahan berat tidak seharusnya melebihi ½ kg setiap minggu.

                       *********************************************************
ANDA KURUS? NAK TAMBAH BERAT? 

 KLIK DI SINI >>>> SUPPLEMEN TAMBAH BERAT BADAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.