Wednesday, December 9, 2015

Diabetes Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada Saraf


SEJAK disahkan menghidap kencing manis (diabetes) lebih tujuh tahun lalu, Halim (bukan nama sebenar) berusaha untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam.

Begitupun sejak beberapa bulan kebelakangan ini tapak kaki dan kadang kala hujung jarinya terasa sakit dan pedih bagai ditusuk jarum atau benda tajam. Rasa sakit tersebut pada awalnya berlaku sesekali tetapi sekarang semakin kerap sehingga kadang kala tidak tertanggung.

Keadaan itu bukan saja membuatkan dia rasa tidak selesa, malah sukar untuk berjalan, bekerja dan tidur sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Keadaan tersebut turut meresahkan orang kelilingnya terutama isteri dan anak-anak yang berasa buntu tidak tahu apa yang boleh dibuat setiap kali Halim diserang rasa sakit. Merujuk kepada doktor, Halim diberitahu dia mengalami gejala kerosakan saraf atau painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) yang lazim dialami pesakit diabetes.

Menjelaskan lebih lanjut simptom ini Pengarah Kampus Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, hampir 50 peratus pesakit diabetes di negara ini akan mengalami simptom tersebut kerana kerosakan saraf.

Katanya, pDPN merupakan antara penderitaan yang sering dialami selain komplikasi-komplikasi lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, gangren kaki dan sebagainya.

Menurutnya, tinjauan kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan edisi ketiga yang dijalankan pada 2006 mendapati penularan diabetes telah meningkat kepada 14.9 peratus berbanding satu dekad yang lalu.
Keadaan ini telah meningkat hampir dua kali ganda dalam dekad yang lalu.

Dalam masa yang sama 50 peratus pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam tempoh enam hingga 10 tahun didapati mengalami pDPN.

"Rasa mencucuk-cucuk dan pedih pada kaki atau hujung jari jika berlarutan akan menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan,'' ujarnya.

Malangnya, jelas beliau, kesedaran terhadap penyakit ini amat kurang, menyebabkan pesakit hanya membiarkan saja rasa sakit itu sehingga ia hilang sendiri buat seketika.

Kesakitan biasanya akan bermula pada bahagian jari kaki atau jari tangan dan melarat ke bahagian betis dan lengan.

"Ketika itu pesakit akan berasa kebas pada bahagian jari kaki dan juga jari tangan selain merasai kebas tidak dapat menahan rasa panas dan sejuk,'' ujarnya lagi.

Menurut Dr. Mafauzy lagi, pesakit juga akan mengalami lemah otot serta tidak dapat menyeimbangkan badan. Keadaan itu jika dibiarkan akan menyebabkan kemudaratan kepada pesakit itu sendiri. "Sebab itu adalah sangat penting untuk pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan ia berterusan," katanya.

Katanya lagi, kesakitan itu berlaku kerana satu atau lebih saraf mereka rosak kesan daripada penyakit diabetes yang dihidapi. 

Begitupun, terdapat banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada kerosakan saraf ini.
"Pada ketika ini pesakit akan mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga ke peringkat sukar untuk berjalan, tidur, berkerja dan menjejaskan mood pesakit," katanya.

**************************************************************************

Menurut Dr.Zubaidi dalam blognya drzubaidi.com, Diabetes akan merosakkan saraf-saraf bergantung kepada jenisnya, iaitu :
  • Peripheral Neuropathy- kerosakan saraf yang menjaga deria rasa dan gerakan otot di bahagian tangan, jari, kaki dan jari kaki.
  • Autonomic Neuropathy- kerosakan saraf yang menjaga organ seperti saraf yang menjaga degupan jantung, tekanan darah, ransangan seksual dan berpeluh.
1) Tanda-tanda kerosakan saraf Peripheral Neuropathy:
  • Rasa sesemut bermula pada jari kaki atau jari tangan.
  • Rasa kebas iaitu tidak dapat merasa sejuk, panas atau sakit pada jari tangan dan kaki.
  • Rasa seperti dicucuk jarum.
  • RAsa lemah otot pada lengan dan mengalami kesukaran untuk menggerakkan tangan atau lemah pada betis/paha dan mengalami kesukaran menggerakkan kaki.
  • Rasa tidak dapat mengimbangi badan apabila bangun dari berdiri.
  • Rasa amat sensitif pada sentuhan yang lembut.
  • Luka pada kaki atau tangan yang lambat sembuh.
Maka, pesakit diabetes harus selalu memeriksa kaki terutama dicelah-celah jari kerana pesakit tidak perasan jika mereka mengalami luka dan kecederaan sehingga membiarkan luka itu menjadi lebih parah dan membusuk.
2) Tanda-tanda kerosakan saraf Autonomic Neuropathy:
  • Mati pucuk (erectile dysfunction).
  • Kerap mengalami jangkitan air kencing dan sukar menahan kencing.
  • Mengalami masalah penghadaman, loya, muntah dan kembung perut.
  • Pesakit berasa pening dan mahu pitam apabila berdiri.
  • Pandangan kabur apabila keluar dari kawasan gelap ke kawasan terang atau sebaliknya.
-----------------------------------------------
Supplemen Shaklee untuk pesakit diabetis dan bagi mengurangkan komplikasi Diabetic Neuropathy.
  • VIVIX- Membaiki sel dan mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular. Membantu membaiki sel dari peringkat DNA lagi. Penyakit2 kronik lazimnya disebabkan kegagalan sel berfungsi dengan baik, contohnya kanser, sebab sel radikal atau abnormaliti pada sel. Diabetes pula lazimnya terjadi disebabkan rintangan insulin dimana membran sel telah rosak menyebabkan reseptor insulin tidak sensitif terhadap insulin. Apabila binaan asas dlm tubuh rosak, atau tidak normal, inilah punca badan kita sakit. 
 SUGAR CONTROL SET: (kombinasi ketiga-tiga supplemen berikut)
  • GLA- Memberi kesan positive pada diabetic neuropathy
  • ZINC COMPLEX- Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka
  • ALFALFA- Kromium membantu menstabilkan gula dalam darah

Perlu diingatkan, selain pemakanan supplement, makan juga harus dijaga, supaya seimbang dan dalam kuantiti yang betul. Jika anda mengambil ubat doktor, jangan sewenang2 membuang atau menhentikan pengambilan. Ikut nasihat doktor.


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee? Boleh menghubungi kami dengan beberapa cara dibawah:
~ Pengedar Shaklee Sarawak~

 **Amat dialu-alukan orang Sarawak, khususnya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan (area UNIMAS, UITM, DESA ILMU dan sekitarnya). Untuk kedua-dua kawasan tersebut, inshaa Allah boleh deliver by hand. Untuk kawasan lain, penghantaran menggunakan pos.**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.