Tuesday, June 2, 2015

Ujian Ketagihan Perokok

Soalan-soalan dibawah bagi menentukan kebergantungan anda terhadap tembakau.
Jom cuba, try, test yerrr...hihihi...

Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin
(Sumber: MyHealth)


  1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
    • Dalam masa 5 minit (3 mata)
    • 5 hingga 30 minit (2 mata)
    • 31 hingga 60 minit (1 mata)
    • Selepas 60 minit (0 mata))
  2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
    • Ya ( 1 mata)
    • Tidak ( 0 mata)
  3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai
    • Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
    • Sebarang masa ( 0 mata )
  4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
    • 10 atau kurang ( 0 mata )
    • 11 hingga 20 ( 1 mata )
    • 21 hingga 30 ( 2 mata
    • 31 atau lebih ( 3 mata)
  5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
    • Ya ( 1 mata )
    • Tidak ( 0 mata
  6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
    • Ya ( 1 mata )
    • Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:
> 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
> 4 hingga 6 mata = sederhana
> Kurang dari 4 mata= minima


[Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.]
******************************************************************************
So, berapa markah yang anda dah dapat?
Kalau keputusan nya Sangat Bergantung, anda rasanya dalam
 kategori Ketagihan Melampau.
Keputusan Sederhana, kategori Ketagih Jugak La..
Keputusan Minima, kategori Nak Jadi Ketagih Tak Lama Lagi...

Hihihi...apa apa pun, merokok memang tak baik untuk kesihatan...malahan dah di fatwakan sebagai HARAM kepada orang yang beragama Islam.
 KESIMPULAN nya, baik tinggalkan terus jer tabiat ketagih merokok ni yer.

Dah la merosakkan kesihatan diri sendiri, merosakkan pula kesihatan orang disekeliling kita. Malahan membazir duit!

*******************************************
JOM BACA LANJUT KAT LINK BERIKUT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Semua artikel dan testimonial didalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.