Di dalam badan kita, pelbagai jenis
tindakbalas berlaku yang tidak diketahui. Radikal bebas dihasilkan oleh
badan melalui tindakbalas biokimia tetapi terlalu banyak radikal bebas
akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Faktor-faktor luaran
seperti merokok, minum arak, makan terlalu banyak lemak, cahaya
matahari, pendedahan kepada radiasi dan juga pencemaran persekitaran
akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas di dalam badan. Oleh sebab
itu, kita memerlukan antioksidan termasuklah vitamin, mineral dan enzim
yang dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel
yang disebabkan oleh proses pengoksidaan untuk memelihara kesihatan
tubuh badan daripada sebarang penyakit. Antara contoh antioksidan ialah
vitamin A,C, E, lycopene, beta carotene dan lain-lain lagi.
Terdapat antioksidan yang boleh
disintesiskan oleh tubuh. Namun begitu, kita juga boleh mendapatkan dan
meningkatkan keupayaan antioksidan melalui sumber makanan. Selain
daripada itu, setiap individu perlu menjalani gaya hidup yang sihat
dengan menjauhi tabiat merokok dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk
menjaga kesihatan dan mengekalkan kandungan antioksidan yang terdapat di
dalam badan.
Menurut pakar nutrisi dari Shaklee, penyakit kanser tidak dapat dielakkan tetapi risikonya masih boleh dikurangkan. Antaranya kita digalakkan untuk mengambil banyak makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini kerana diketahui bahawa antioksidan dapat menstabilkan radikal bebas yang diketahui boleh merosakkan sel tubuh kita.
Pengambilan daging merah tidak digalakkan bagi pesakit kanser. Ini kerana apabila dimasak pada suhu yang tinggi, daging tersebut akan meghasilkan HCA (Hytericyclic Amine) dan PAH (Polyunsaturated hydrocarbon), dimana pembentukan kedua-dua ini menyumbang kepada risiko kanser. Ini bukan bermakna kita tidak boleh langsung mengambil daging, tetapi pengambilannya perlulah dihadkan.
CADANGAN MAKANAN TAMBAHAN
Apabila telah di diagnosis dengan penyakit kanser, makanan tambahan yang digalakkan untuk diambil adalah seperti anggur, beri dan alfalfa yang tinggi oksida. Pakar pemakanan Shaklee mencadangkan agar mengambil bebeapa supplemen utama seperti VIVIX, NUTRIFERON dan ALFALFA COPLEX.
VIVIX sendiri mengandungi fitonutrien yang tinggi kandungan oksida. Fitonutrien merupakan nutrien yang sangat kecil yang boleh ditemui dibawah tumbuh-tumbuhan. Walaupun sangat kecil, tetapi manafaat dan khasiat yang ada padanya sangat tinggi. Fitonutrien ini membekalkan antioksidan yang 40 lebih kali ganda kuasa berbanding buah-buahan lain.
Terdapat 4 jenis tumbuhan semulajadi yang mengandungi fitonutrien iaitu anggur 'muscadine', Elderberry, purple arrot dan polyganon cuspidatum. Bayangkan dengan mengambil salah satu daripada tumbuhan itu sahaja sudah memberikan manafaat yang berganda pada tubuh, inikan pula apabila kesemua dicampur menjadi satu. Pastinya kita memperoleh kebaikan antioksida yang maksimum . Itulah yang ada pada produk VIVIX ini.
Kebiasaannya semasa rawatan kimoterapi, pesakit akan dibekalkan dengan pelbagai ubatan dari doktor yang perlu dihabiskan. Jadi untuk menambah lagi supplemen bagi kesihatan tubuh mereka menjadi satu masalah. Sudahlah selera makan semakin menurun, ditambah pula dengan ubat dan supplemen yang dilihat oleh sesetengah orang sebagai 'ubat tambahan'.
TETAPI tidak bagi 3 produk Shaklee ini. VIVIX dan NUTRIFERON adalah berbentuk cecair dan mudah ditelan oleh pesakit berbanding tablet. Begitu juga dengan ALFALFA COMPLEX, ianya boleh dilarutkan dalam air dan menjadi minuman herba yang boleh diambil dengan mudah. Malahan ketiga-tiganya boleh diambil sekali gus tanpa sebarang masalah.
Bagi mendapatkan kesan terbaik, sebaiknya mengambil supplemen sekurang-kurangnya 2jam selepas menelan ubat-ubatan hospital. Ini bagi mengelakkan ubat-ubatan tadi dari menganggu penyerapan nutrien pada supplemen dan menyebabkan tiada manafaat diperolehi melaluinya.
Seandainya mahu mengambil satu sahaja supplemen, VIVIX sahaja adalah cadangan terbaik yag diberikan.
(*pesakit kanser dinasihatkan mendapat pandangan daripada doktor dahulu sebelum pengambilan sebarang makanan tambahan.)
***********************************************************
Berminat dengan rangkaian produk Shaklee? Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:
- Email: prettymommieshop@gmail.com
- PM di www.facebook.com/sihatcantikcergas
- SMS/Whatsapp: 014-9940049
No comments:
Post a Comment